Tuesday, February 2, 2010

Telinga dan Keseimbangan Badan

Cewahh, tajuk punyalah ilmiah...hehe. Tapi ada kaitan dengan keadaan saya sekarang ni.

Sebenarnya dalam 4-5 hari ni, saya asyik pening dan rasa macam memusing je. Rasa bergoyang dan boleh jatuh bila2 masa. Masa mula2 jadi, saya kat rumah tok. Jadinya pagi tapi petang dah ok dan saya siap pi lepak kat Mai Cafe dengan Puan Ameera my bestfren tu.

Tapi esoknya(sabtu), bangun je tido dah mula rasa pening. So lepas mandi dan makan2, saya pun baring2 semula dengan harapan tertido dan bila bangun, saya akan ok balik. Nampaknya, silap pulak jangkaan saya. Sampai ke petang saya pening. So tak boleh la drive balik Sg Petani. Saya pun ajak adik gi klinik. Hari Sabtu kan, mujur jugak ada klinik Bakti kat Kangar buka. Nak gi klinik panel, tutup pulak. Check punya check, doktor kata tekanan darah ok..hmmm, 60/90 kira ok ke? Saya pun bukan tau sangat. Ikut simptom yang saya bagi, doktor kata mungkin ada masalah dengan balancing dalam telinga. Ok, dia pun bagi preskripsi untuk ubat. Sempat jugak la saya mintak MC. Mana la tau kalo tak ok. Takut wooo nak drive balik SP dalam keadaan tak seimbang ni.

Ok, hari ahad ingatkan kalo ok pagi tu, boleh saya terus drive gi ofis dari kampung.Walaupun ada MC, gigih oo nak pi keja sebab teringat kat ofis tinggal 3 orang saja dan hari tu akhir bulan. Ada report yang perlu dibuat. Tapi terjaga je pagi tu pun saya masih boleh rasa lagi pening tu. So saya decide tak pegi keja. Tapi petang tu, saya kena la jugak drive balik SP sebab Isnin keja. Dalam pening2 tu saya drive..alhamdulillah sampai la dengan selamat kat SP.

Tapi yang tak bestnya, start keja sampai la ke saat saya menaip ni, pening masih tak hilang. Baru tadi saya gi buat second check kat Poliklinik Dr Azhar. Doktor kat situ pun bagi tau benda yang sama. Siap bagi nasihat lagi cara nak kurangkan. Bagus sungguh doktor ni. Kena minum air mineral sekurang2nya 2 botol setiap hari (gulp...) Banyak tu...

So, balik dari klinik saya cari la dalam tenet perkara2 berkaitan. Berikut adalah apa yang saya jumpa:

Pening

Pengenalan

Mungkin dijelaskan sebagai tidak stabil atau rasa hendak pitam.

Dalam keadaan normal, keseimbangan deria dikawal oleh isyarat otak yang menerima isyarat dari beberapa lokasi, mata, saraf sensori dan telinga. Keseimbangan yang terbaik bergantung kepada sekurang-kurangnya dua dari tiga sistem yang sensori berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, tutup mata semasa berdiri, tidak bermakna anda hilang keseimbangan. Isyarat dari telinga tengah dan saraf sensori membantu anda tegak.

Walau bagaimanapun, jika sistem saraf pusat tidak boleh memperoses isyarat dari semua lokasi atau sistem sensori tidak berfungsi sepenuhnya atau mesej bercanggah, anda mungkin hilang keseimbangan. Kebanyakan pening akan berakhir dengan cepat tetapi ia mungkin gejala keadaan yang lebih teruk.

Sebab

Penyebab pening adalah:
  1. Vertigo- perasaan berpusing pusing atau rasa persekitaran anda bergerak
    • Gangguan telinga tengah (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
    • Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan.
    • Mastoiditis (radangan pada mastoid)
    • Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis), Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)
  2. Sakit kepala yang ringan
    • Gangguan telinga dalam
    • Gangguan kerisauan seperti serangan panik, agoraphobia ( perasaan gerun melintasi tempat lapang)
    • Hyperventilation (pernafasan cepat)
    • Hilang cecair badan contoh peluh berlebihan.
    • Perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat diuretic dan ubat kemurungan.
    • Keadaan medikal seperti diabetes dan penyakit Parkinson.
    • Anaemia
  3. Muntah-muntah
    • Loya dan muntah apabila menaiki kereta, kapal terbang, bot atau kapal.

Tanda & Gejala



  • Perasaan persekitaran berpusing atau bergerak (vertigo)


  • Hilang keseimbangan


  • Loya


  • Tidak stabil


  • Sakit kepala sedikit


  • Pitam


  • Lemah


  • Letih lesu


  • Sukar memberi tumpuan


  • Pandangan kabur selepas menggerakkan kepala dengan cepat


  • Perasaan penuh dalam telinga, berdengung atau berdesing dalam telinga


  • dan kadang kala hilang pendengaran .

    Komplikasi

    Walaupun pening selalunya sedikit, jumpalah doktor jika anda pening berpanjangan dan diikuti dengan gejala berikut:

  • Sakit kepala bertambah.


  • Pandangan kabur.


  • Hilang pendengaran.


  • Gangguan pertuturan.


  • Lemah pada kaki dan tangan.


  • Hilang tahap kesedaran.


  • Jatuh atau sukar berjalan.


  • Kebas atau rasa menyucuk.


  • Sakit dada atau sedar denyutan jantung cepat.


  • Pening menyebabkan risiko tinggi untuk jatuh dan membawa kecederaan kepada anda. Jika berlaku semasa membawa kereta atau mengendalikan jentera berat boleh menyebabkan kemalangan.

    Rawatan

    Rawatan bergantung kepada penyebab.
    1. Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).
    2. Keadaan telinga dalam.
      • Senaman latih semua keseimbangan (vestibular rehabilitation) digunakan untuk merawat "acute vestibular neuronitis or labyrinthitis".
    3. Penyakit Meniere's
      • Kurangkan retensi cecair melalui ubatan diuretik (buang cecair badan) atau perubahan makanan contoh kurangkan garam dalam makanan)
      • Pembedahan mungkin diperlukan
    4. Migrain Vestibular
      • Elak sesetengah makanan
      • Kurangkan tekanan perasaan
      • Tetapkan corak tidur
      • Doktor mungkin preskripsikan ubat untuk migrain dan vertigo
    5. Gangguan kerisauan (Anxiety disorders)


      • Kaunseling
      • Ubat .Anti-anxiety mungkin dipreskripsikan
    Jika anda mengalami pening:

  • Elak membawa kereta atau kendalikan jentera berat jika kerap pening.

  • Elak dadah, alkohol atau merokok.

  • Pencahayaan yang terang jika turun dari katil pada waktu malam.

  • Berhati hati kemungkinan anda hilang keseimbangan.

  • Elak mengubah kedudukan dengan cepat.

  • Elak terlalu mengerakkan kepala (terutama melihat ke atas)

  • Elak terdedah kepada keadaan ketegangan atau kerisauan atau perkara yang merangsangkan pening termasuk sebarang alahan.



  • Sumber: Portal MyHealth

    Hmm, sama macam apa yang doktor bagitau saya tadi. Menakutkan jugak, takleh drive kete tau. Tapi nak wat camne..saya memang takde pilihan lain nak pi keja melainkan drive jugak. Nasib baik rumah sekarang dah dekat. So, rasanya mungkin kalo tak hilang lagi pening ni..terpaksa la melupakan keinginan balik kampung hujung minggu. Untuk kebaikan diri jugak. Kawan2, doakan pening saya ni akan hilang ek. Mungkin saya terlampau stress sangat kebelakangan ni. Mungkin juga Allah nak uji saya atau hapuskan dosa2 saya(yang kecil la) dan juga sebagai peringatan kepada saya. Wallahu'alam.

    Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan..

    Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Utk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim – hatta luka yg disebabkan tertusuk duri – Allah akan menghapuskan dosa2 nya..

    Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”




    post signature

    2 comments:

    umi said...

    wah panjangnye en3 nih !!! hehe

    ct hani said...

    umi, entri tempel.panjang ler.

    gee, bos gee tu slalu rasa camni tak. risau ler. dah 5 hari ni. semua suh gi wat medical check up. takottt..

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails