Monday, January 25, 2010

Semoga Mirrah Cepat Sembuh

Baru sebentar tadi, kiriman SMS saya terima dari maksu Ani di KL.

"Salam, mohon solat hajat agar Mirrah cepat sembuh dan cepat keluar wad. Ptg tadi ada ruam merah kat muka dan dada. Doktor akan amik darah sok, suspect denggi"

SMS maksu saya balas, bertanyakan lebih lanjut. Beliau sahkan Mirrah demam panas.

Kesiannya Mirrah, mohon pembaca semua doakan kesihatan Mirrah. Kami yang jauh ni hanya mampu mendoakan dan cuba mendapatkan perkembangan lanjut.

Umur Mirrah ni lebih kurang 3-4 tahun dan anak kedua maksu saya. Dia sangat comel, baik, agak pemalu tapi kalo dah mula bercakap, tak berhenti2 pulak. Memang sangat rindukan dia dan menanti setiap cuti sekolah bila maksu dan anak2 akan balik ke kampung. Risau hati saya sekarang ni. Harapnya, takde apa2 dan Mirrah akan cepat sembuh.

Teringat saya, ketika didiagnosis doktor klinik swasta bahawa saya mgkin terkena demam denggi sekitar akhir 2008. Masa tu memang penuh naik ruam di badan. Cuma saya tak demam. Selepas pemeriksaan darah di hospital, saya disahkan mengalami jangkitan darah saja dan diberikan ubat. Harap begitu juga la esok..tiada apa2 yg berbahaya. Ya Allah, sembuhkan lah adikku ini. Hanya pada Mu kami memohon pertolongan, minta dijauhkan segala musibah.

Banyak betul kes Denggi skg ek. Bila agaknya masyarakat kita akan sedar tentang penjagaan kebersihan kawasan sekitar rumah. Kadang2, kita dah cuba jaga sekitar rumah kita, tapi kalau jiran2 di sekeliling tak ambil peduli, kesannya tetap kena pada kita juga. Peringatan untuk diri sendiri juga..



UPDATE: Mirrah disahkan demam campak saja. Alhamdulillah, syukur. Memang tak sangka demam campak sebab baru je hari raya tahun lepas dia dah kena demam campak. Ok la tu, harapnya si comel ni cepat sembuh. Oh, nanti takut berjangkit lak kat Danish adik si Mirrah ni.



post signature

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails