Subsidi minyak masak dimansuh
KUALA LUMPUR: Selepas pemansuhan subsidi roti dan pengurangan subsidi gula, kerajaan mungkin membatal atau menurunkan subsidi minyak masak.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggar menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.
"Kita sudah mulakan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengenai subsidi minyak masak ini sejak akhir tahun lalu," katanya yang enggan mengulas sama ada subsidi minyak masak akan mengalami perubahan.
Harga minyak masak bergantung kepada harga komoditi itu di pasaran antarabangsa, yang mencatatkan purata RM2,500 satu tan berbanding RM2,800 satu tan tahun lalu tetapi tahun ini, penganalisis pasaran meramalkan peningkatan sehingga RM2,600 satu tan.
Minyak petrol/diesel, roti, gula dan sekarang minyak masak pula. Tu belum sebut beras lagi. Lepas ni sibuk la pak2 menteri cadangkan kurangkan penggunaan minyak masak pulak. Baru siang tadi lalu depan The Store Kangar, baru lepas pelancaran Kempen Kurangkan Penggunaan Gula oleh YB MB Perlis. Bagus la tu YB, pasni, boleh turun balik rasmi kempen Kurangkan Penggunaan Minyak Masak pulak yer.
Kenapa aku nak bisingkan, bukan aku selalu memasak pun kat rumah. Abis, korang ingat lauk-pauk, nasi goreng kat Kedai Lagenda Bakti SP(tmpt lunch) tu masak guna apa!
Alasan harga minyak kat pasaran dunia akan meningkat tu tak boleh pakai langsung. Malaysia ni pengeluar minyak kelapa sawit, so apa kes nak mansuhkan subsidi dan sekaligus akan menyebabkan kpd kenaikan harga barang2 lain...DIULANG...barang2 lain termasuk makanan kat kedai, roti canai mapley yg korang selalu makan pagi2 tu etc2. Kalau nak jual kat orang luar tu, takpe la nak jual dengan harga tinggi.
P/s: Tetiba je post pasal ni. Peringatan, ni bukan hal politik ok, tp hal umum. Boleh menjejaskan ekonomi rumahtangga, sbb tu saya rasa terpanggil meluah rasa tentang isu ni. Dari kaca mata saya seorang rakyat biasa dan tidak dipengaruhi oleh mana2 parti politik.

