So saya teruskan perjalanan balik je. Singgah sekejap kat RnR Gurun nak check telefon di mana sebab saya ada berjanji dengan adik nak jumpa kat Alor Setar. Sah, memang saya dah tertinggal kat ofis. Ingat nak call adik kat situ guna telefon awam, tapi saya batalkan sebab hari pun dah lewat. Biar sampai kat Alor Setar baru saya call dia. Sampai kat tol A. Setar, saya pun call dia. Terpinga2 budak tu sebab telefon awam yang saya guna tu naik nombor macam nombor talian handphone.
Tu baru citer first, esok paginya sepatutnya saya gi ambil mak saya kat kuala perlis balik dari langkawi. Tapi disebabkan taktau mak naik bot kul brape, saya pun tertunggu je la. Malam sebelum tu dah bagitau adik jangan call telefon saya, call telefon Faiz(adik lelaki saya).Tapi dia nak jugak call saya. Sudahnya, mak kena tunggu sejam. Tu pun lepas suruh Faiz ni call tanya mak saya naik bot kul brapa.
Petang tu pulak, janji dengan Puan Ameera nak gi Klinik CVT nak wat rawatan untuk pening saya yang masih tak hilang tu. Janji nak jumpa kat Seriab, tapi bila saya sampai si Meera ni takde lagi. Tunggu2 tak datang jugak. Penat pusing, telefon awam je jadi mangsa.Tapi yang peningnya saya, boleh plak lupa nak amik no telefon Meera kat adik(Meera ada call guna telefon adik). Call adik tak angkat. Rupanya dia dok sedap tidoq kat rumah. Kesudahannya saya tak jumpa Meera, tapi end up gi kangar beli beg sekolah baru untuk Huda, adik bongsu saya....huhuhu. Dapat mesej bila balik dia ada kat tmpat dijanjikan tapi sikit lewat la.(I wait 4 u half an hour tau Meera tapi nape kita tak terjumpa ek)
Hari ni patutnya ada reunion SMKAP kat Kuala Perlis, tapi disebabkan saya pun tak berapa tau tempat dicadangkan dan takde nombor kawan2 yang merancang majlis, saya decide tak pergi ke reunion tersebut. Kesian gak la, Ayie(penganjur)...berapa orang je yang datang.
So tadi, sampai jer kat SP..saya terus tuju ofis semata2 nak ambik telefon. Ada la beberapa mesej dan miscalled. Pada kawan yang SMS tanya jalan tu, sori ler bebanyak. Tak dapek den nak nolong haa..
Cthani: Dulu2 boleh je hidup tanpa telefon ni. Tapi sekarang ni, rasa tak kena bila tak ada...huhuhu.. Ni la dia contoh terbaik bila kehendak bertukar menjadi keperluan..
Penghargaan: Sila klik gambar.





No comments:
Post a Comment