So saya pun buka la(ni pun nak bagitau gak ke..hehe). Hmmm, dah agak dah. Ni mesti emel scam nak menipu untuk dapatkan maklumat akaun bank individu. Macam mana nak tau ni satu cubaan menipu?
Ok, nanti korang klik gambar untuk tumbesaran. Pastu nampak kan arrow hijau yg saya letak tu(penat saya edit guna photoshop tau...gedik haha). Tu sebenarnya bermaksud ada cursor kat situ(xyah la gi letak cursor kat situ betul2 lak). Bila cursor kat situ, korang kena tengok kat status bar yang saya tanda arrow merah tu. Kat situ akan terpampang alamat laman web sebenar. So nampak kan yang alamat tersebut langsung tak bersangkut paut dengan public bank dan sewaktu dengannya kan. Memang dasar penipu kan.
Adoi...banyak sungguh la kes-kes macam ni sekarang. Sebelum ni selalu dapat emel tentang Maybank, ni Public Bank pulak. Of course la saya tak terpedaya sebab dah dapat maklumat melalui media tentang kes2 camni. Dan harap2 anda semua pun camtu gak. Apa yang penting, bila dapat emel2 sebegini, call dulu pihak bank dan tanyakan kebenaran tentang emel tersebut. Tapi biasanya bank pun tak akan hubungi customer diorang melalui emel.




No comments:
Post a Comment