Monday, September 28, 2009

Call punya citer

Hari ni gi keja macam biasa setelah bercuti kemarin(Ahad). Entri pasal kenduri Nadia nnti la saya update.
Buat entri ni pun sebab ari ni terjadi 2 insiden lucu. Kira ada kaitan dengan panggilan telefon. Sebab tu tajuk saya camtu...lawak sungguh la.

Insiden lucu #1

Pagi tadi saya terima panggilan dari customer perempuan, so selepas greeting wajib tu..
Customer: Hello, boleh sambungkan saya pada Zainal..(pelek macam cina)

Saya: Zainal??

Customer: Ya, Zainal. Su..zana Zainal

Saya: Ooo..Suzana Zainal ke. Aiyaa, u jgn panggil Zainal la. Zainal tu bapak dia. Nama dia Suzana la. Sebentar ek.

Lepas tu saya terus interkom Zana, eksekutif saya kat tingkat atas;

Saya: Zana, ada orang nak cakap dengan Zana ni tapi dia panggil Zana, Zainal mula2 tadi..(sambil gelak2 saya bagitau dia..) Zana pun gelak je la.
Pastu saya terus sambungkan panggilan.

Hai...negara kita dah lama Merdeka, dan bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan. Paling tidak saya anggarkan customer tadi dah tinggal kat malaysia dalam 20++. Takkan ler dia tak tahu nama orang Melayu dipanggil dengan nama pertama dan bukannya nama bapanya. Zainal tu kan ke terang2 nama lelaki dan Suzana perempuan. Ntah ler, sama ada dia memang tak tahu atau sebaliknya. Kalau yang buat salah tu mat saleh macam yang diorang selalu eja dalam skrin time ada sukan olimpik ke, aku leh terima lagi la..


Insiden lucu #2

Ni terjadi petang dah, masa dekat kul 5.10pm..time nak balik tuuu.. Noor, kerani akaun kat ofis interkom saya

Noor: Ct, kejap ek.

Pastu dia bagi fon kat org lain. Dengar suara lelaki(kat ofis ari ni ada 2 lelaki..Pengurus Kanan, En Amran n PAR, Fizi)

Lelaki: Haa, ct..

Saya: Haa, awat?!
Guess what?? Rupanya yang interkom saya tu bos saya En. Amran...kuakuakua..

En. Amran: Amboi hang ni, aku xdan nak cakap apa hang dah awat?! Amboi hang ni, garang sungguh.(Sumpah saya leh dengaq staf2 kat atas bantai gelak...hahaha)

(Dalam hati saya: Alamak, abes la aku kena dengan En. Amran ni...waaaa)

Saya: Laaa..En. Amran ka, saya ingatkan Fizi tadi. Dia xturun2 lagi nak tutup pintu ni. Lambat dah ni..(cover laa)

En. Amran: Hang ni, Fizi dok wat keja dia elok2. Tunggu sat dia perabih keje dia.(ada la lagi dia dok membebel..hehe)

Saya: Bukan apa En. Amran, fizi tu kalau saya tak panggil, memang xturunnya dia tuu. (Ayat cover la weiii...kantoi tersound Pengurus Kanan tuu..) Ingatkan dia nak kata apa. Suara En. Amran dengaq macam suara dia ja. (sambil gelak2...wakaka). Okla, ada apa En. Amran?
Dia pun terus la sampaikan apa dia nak tu..nak suh saya emel template kronologi kes aduan je pun..

Pas letak tepon, serius saya leh dengaq dia dok gelak dgn yang lain2 kat atas. Abes la saya kalau dia turun ni. Tapi memang lawak xbleh blah tul...adoi la. Ni penangan makan ubat selsema time keje la ni. Suara bos dgn fizi pun xleh beza dah. Pas si Fizi tutup pintu, saya terus cabutt balik awal. Tak mau bertembung dengan bos saya tu. Malu weiii...xtau nak kata apa. Sure berbulan dia dok mai Sg Petani, dia dok buat modal usik saya...hahaha(gelak lagi bila teringat ni..) Bos saya yg sorang ni memang gila2 sikit..tapi baik orangnya. Dia memang la xkisah, tp sebab kita hormat kat dia. dah tentu2 la rasa malu. dah nama pun boss...adoi la.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails