Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri


Sebulan Ramadhan sudah pun berlalu. Sayu rasanya hati kerana ibadah pun tak sempurna mana. Ramadhan akan datang entahkan ketemu lagi.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, saya dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap dan terlanjur kata kepada semua yang mengenali saya atau pun yang terasa sekiranya ada membaca entri2 saya yang lepas2. Mana yang dekat dan kenal tu, sila2 la datang ke rumah. (esp. Cik Diyana...asik kami je pi umah hgpa ni...huhu)

Sedar tak sedar, dah setahun usia blog ni. Tak banyak sangat entri ek. Nama pun untuk isi masa lapang, so masa yang saya lapang ajelah saya update...hihihi.

Oklah, esok saya akan mula balik kampung. Pasti ramai yang dah mula berbuat demikian. Apa yang penting, bukan kerjasama tapi Berhati-hatilah di jalan raya...ni pesan untuk diri sendiri jugak. Biar lambat asalkan selamat semuanya. Jangan la kita menambah kepada statistik Ops Sikap yang sedang dijalankan.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails