Sempena Aildulfitri ni, Gee, rakan dari Vivac memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hati, Anuar Ibrahim(bukan DSAI ek...). Disebabkan kenduri di Kelantan (Gee org kelate) tak dapat saya hadiri, jadi saya dgn Iela Vivac rancang pegi kenduri sebelah pihak lelaki di Ipoh, hari ni 26 Sept 2009.
Kami bergerak ke Ipoh dari Jumaat petang sebab takut highway banyak keta pagi sabtu dan tak mau la sampai lambat kat Ipoh. Nasib baik ada member Vivac, Akma tinggal kat Ipoh. So, bleh la kitorang tumpang tido umah dia. Akma tinggal kat kuarters bomba Ipoh kat stadium. Ok gak ler umah dia, cuma perabot xde. Almaklumlaaa, orang bujang. Malam tu, sempat gak jalan2 kat bandar Ipoh dan makan kat Medan Gopeng.
26/09/2009 - Kitorang dah janji dgn budak2 Vivac Perak nak konvoi gi umah Anuar. Lepas breakfast, saya dgn Akma gi Greentown Mall belikan hadiah utk Gee. Then, gi kumpul kat dataran depan MBI sambil tunggu budak Vivac yang lain sampai. Ada Shah, mim, Maria, sape tah lagi sorang..x ingat nama. pastu baru ler sampai sorang bebudak ni. Kesian Iela xsempat breakfast, lapar dia nunggu dak2 ni. buli kak Iela diorang nih..Ni 1st time jmpa Maria...not to forget Akma. Very nice to know them. pasni nak gi Tg malim ke, Ipoh ke..ada la kaki...hehe. back to story, mula2 fadz, pastu Geb, pastu Que...last skali baru Din sampai. Then baru gerak gi umah kenduri. Kira2 ada la dalam 10-11. Lupa nak kire exactly..huhu.
Sampai dalam kul 1 lebih gak ler. Kumpul dulu kat masjid. Rupanya rombongan pengantin pun ada kat masjid. Tgh tunggu org Navy nak siap2 kelengkapan pedang semua. Anuar ni Navy kat Lumut berpangkat leftenan. So kawin mesti la kena ada lalu bawah pedang, berarak, hormat pengantin semua..hehe. Macam best je tgk diorang.
Dalam kul 2 gak ler baru siap dan mula pegi umah Nuar untuk berarak. Kitorang semua follow dari belakang jer. memang best tengok majlisnya. Siap dengan alat muzik yang tentera tiup tu, apa ke namanya ntah ler..haha.
Pas kenduri, si Fadz ajak gi umah dia kat Kg Gajah. rasa macam jauh jer tp dah orang ajak.pegi je la. masa tu baru kul 3 ptg. tak jauh sgt rupanya. kat umah dia, mak dia buat bihun sup, ketupat palas, dan rojak buah. Sedap kuah rojak mak fadz buat. leh la blaja pasni. kat sini baru meriah budak2 ni. maklum ler, x ramai orang. Giler2 budak2 ni. Seronok lak rase...semua lak macam adik2 jer, baya Faiz adik ketiga saya tu. saya dgn Maria lak sebaya.
Dlm kul 4 lebih, saya terpaksa la ajak Maria dgn Akma balik sbb jauh lagi nak balik. Takut sesat, so saya ajak gak dia tunjukkan. Senang ajer. kat Highway banyak gak keta. Alhamdulillah, kul 7 sy smpi. Sesak gak kat Tol SP Selatan tu.
Esok ada kenduri kat Penang lak. Umah Nadia, moderator Vivac northern region. Dah janji dengan Iwan Vivac nak gi sesama.


2 comments:
wah2...sakan ct eh...
eh minggu depan kena mai penang lagik tau...mai beraya....
insyaAllah...penat woo,2 hari berjalan. tp bila lagik kan.ni la masa nak berjalan dan menambah kenalan..
Post a Comment