Arwah adalah salah seorang sahabat sekerja saya di ARB, bezanya arwah bertugas di cawangan Bangi. Arwah baru saja melangsungkan perkahwinan pada 6 Jun yang lalu dan saya sendiri hadir menyaksikan pernikahan beliau. Dan yang paling menyedihkan, isteri arwah adalah sahabat baik saya dan juga rakan sekerja di ARB Service Centre. Antara perkara yang sangat kami(Saya, Song, Hasrul etc...) risaukan, bagaimana keadaan Herda. Sungguh, kami sangat kesiankan Herda sebab diorang baru saja mendirikan rumahtangga. Tak dapat dibayangkan perasaan dia ketika ni. Yang mampu saya nasihatkan supaya dia terus tabah dan bersabar dengan dugaan Allah ni. Sehingga post ni ditulis, saya belum dpt bercakap dengan beliau. Panggilan tidak dijawab. tapi saya memahami kesedihan beliau dan faham beliau pastinya memerlukan masa untuk bertenang. Semoga Allah tabahkan hati Herda dan semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Saya masih menanti berita dari Hasrul di Hospital Serdang. Sekiranya jenazah di bawa pulang ke kampungnya di Kodiang, insyaAllah saya akan menziarahi jenazah.
Masih teringat lagi trip kami semua(saya, Hasrul, Herda, arwah & Sahrul) ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami Kema. Masih segar lagi dalam ingatan saya gelagat arwah yg suka mengusik saya. Masih terdengar2 lagi suara arwah di telefon yg menyuruh saya menunggu beliau untuk berjumpa ketika menghadiri majlis perkahwinannya di Kodiang. Tak sangka sungguh, kali terakhir saya menatap arwah adalah ketika beliau disandingkan di Kuala Kangsar dengan Herda. Kenduri beliau di Kodiang, saya xdapat jumpa arwah sebab rombongan pengantin perempuan terlewat tiba dan saya terpaksa pulang kerana ada urusan lain.
Antara gambar bersama arwah:
- Arwah bersama isteri, Herda.
-Arwah di belakang saya & Hasrul ketika staff day di Lumut
- Arwah paling kiri, gambar diambil ketika ke Kuantan tahun lepas.
Update 7.10am: Jenazah akan disembahyangkan di Pulapol dan kemudian akan dibawa ke kampung di Kodiang untuk dikebumikan.


No comments:
Post a Comment