Pagi tadi, masa saya baca utusan online..saya cuba mesej Akma, budak Vivac Ipoh. Akma balas, crew vivac terlibat dan budak tu Que. Tapi beliau terselamat sementara 2 kawannya meninggal dunia dalam runtuhan tersebut. Dua rakannya tu memang saya tak kenal sbb masa pergi kenduri Gee di Ipoh, mereka takde. Ya Allah, xsangkanya saya. 2 berita buruk saya terima dalam masa 24 jam ni.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Dan moga Que sembuh seperti sediakala. Que yang baru saya kenali memang seorang yang happy go lucky. Melalui metro online, saya mengetahui beliau patah pinggang dan cedera. Rakan vivac yang saya tahu dah pergi melawat beliau Shah. Akma masa saya mesej pagi tadi ada kat Manjung.
Oh ya, petang tadi saya sempat ke rumah arwah Ku Saiful untuk menziarahi keluarganya. Saya tahu memang saya takkan dapat menatap jenazah arwah buat kali terakhir kerana van jenazah dari KL bertolak agak lambat kerana kelewatan post-mortem. Sehingga saya sampai di SP, saya dapat tahu, van baru ada di Gurun. Sayu saya melihat ibunya, beliau menunjukkan kekuatan dan tidak dipamerkan kesedihan pada tetamu yg datang. Saya sempat berbual dengan beliau dan terkejut saya kerana beliau masih mengingati saya yang hadir ke majlis perkahwinan arwah pada 8 Ogos yang lalu di Kodiang. Cuaca petang tadi pun muram saja, dengan hujan turun renyai2..seolah menggambarkan perasaan kami semua yang mengenali arwah.
Buat Allahyarham Ku Saiful, Zairi dan Firdaus..Al-Fatihah.
2 Oktober 2009 menjadi tarikh perpisahan kita semua di dunia
Tamat sudah perjalanan hidup kalian di alam fana ini
Buat kami yang masih hidup, entah adakah cukup bekalan
buat menghadap yang Esa nanti.
Ya Allah, berikan pedoman dan hidayah Mu buat kami
Agar tidak terkhilaf dalam meniti baki umur kami
Moga Kau jadikan kami hambaMu yang beriman dan sentiasa beramal soleh.
Arwah Ku Saiful, paling kiri semasa kami sama2 menghadiri Majlis Perkahwinan Kema di Kuantan tahun lepas.(even masa nak bergambar ni, arwah sempat mengusik saya)


No comments:
Post a Comment