Wednesday, June 16, 2010

Saya nak jumpa pemilik Viva ni

Kisah terjadi hari baru2 ni. Masa tu dalam pukul 4 lebih dah. Saya tengah siap2 nak balik SP.

Masa dalam bilik air tengah basuh muka dengar org bagi salam.

Lelaki: Saya nak jumpa pemilik viva ni. Dia ada tak?

(Saya dalam hati: Pehal lak ni. Semacam je dia ni tanya)

Dengar la tok dan maksu saya membalas. Bagitau dia ada tapi kena tunggu sat(kejap) la.

Keluar je dari bilik air, saya gi kat tok dulu. Tak sempat tanya kat tok, dah nampak lelaki tu kat depan pintu. Kebetulan masa kejadian tok ayah, adik lelaki saya dgn paklong sy takde. Tinggal kitorang yg perempuan2 je. Semua dah cuak giler. maklong saya kat rumah sebelah dah terpa mai.

Lelaki: Saya dari Unit Keselamatan Kenderaan..bla..bla(x ingat sgt) Saya nak buat demo sikit la macammana orang  boleh curi kereta viva cik ni dengan tangan kosong je.

Dalam hati saya; biar betul mamat ni. Sampai masuk kampung cari pelanggan. Tapi yang pelik sangat2 macammana dia boleh tau rumah ni ada kereta viva  sedangkan rumah tok saya tu jauh dari jalan besar dan halaman pun bukan bleh nampak ada kereta dek kerana terlindung dengan rumah kak sepupu saya.

Saya minta dia tunggu lagi. Dan saya naik atas tukar baju. Masa tu tudung kepala dengan tuala je. Tak proper la kan.

Pas tukar baju saya keluar rumah jumpa dia dan dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. Maklong, tok, maksu dgn mak saya semua dah kumpul kat depan rumah tok.

Saya: Takpelah encik. Saya dah tengok dah demo ni dulu. Kelab Perodua Viva dah tunjuk(kelentong aje ni+motif nak bgtau saya join kelab gak)

Lelaki: Oh..yeker. Dia buat macam mana? dia buka dari mana?

(Ceh, banyak soal lak dia ni)

Saya: Ntah, tak ingat sangat. Dari bawah kut. Dah lama dah.

Lelaki: oh, takpelah, saya nak tunjuk kejap je. 10 minit je.
Dalam masa yg sama, keluar lagi sorang kawan dia..pun lelaki. Yang ni memang gaya dgn muka gengster abis. Nampak la diorang pun pakai keta viva. Cermin gelap yang amat.

Saya: Takpelah, saya sebenarnya kejar masa nak balik SP ni.

Lelaki lagi sorang: Takpe2...terpulang kat cik. kami tak paksa(camni la lebih kurang ayat dia).
macamtu terima kasih la ek.(ada la lagi dia cakap. tak pay attention sgt dah)

Pastu, dua2 orang naik keta dan terus keluar dari kampung. Memang cuak giler. Terus saya takut nak balik SP petang tu. Takut kena mark, pastu kena tahan kat mana2. Tapi nak kena balik jugak sebab ahad keja kan. Balik pagi ahad lagi bahaya sebab pagi2, jalan sunyi time cuti sekolah. Kesudahannya, memecut gak la saya balik SP hari tu. Takut punya pasal. Eksiden tak takut..apo la.

Sampai sekarang saya masih tertanya2..macam mana diorang boleh sampai masuk rumah tok saya tu dan tau kat situ ada viva. Risau dok ada sampai sekarang. Tambahan pulak baru tukar kasut(baca:sport rim) untuk viva saya tu. Tu baru tukar kasut, dah dapat lawatan mengejut. kalo modify..ntah ape la lagi yang datang. Cara diorang beroperasi dan gaya diorang tu memang sangat2 mencurigakan. Memang takut sangat masa tu. Muka dah la gengster abis. Pas diorang balik, tok saya terus kata TU GENGSTER TU...erk.

Mudah2an, takde ape la yg jadi pada viva kesayangan saya tu. Hasil penat lelah tu. Biar pun kecik dan bukan keta import+mewah. Tapi itu la yang dah berjasa kepada saya.

2 comments:

umi said...

ape motif org tu bersusah payah??? peliknye ! wah blog pakai baju baru hehe

ct hani said...

taktau la umi, takut org niat tak baik je.mana tau kan.tp kan, ct syak dia ikut ct dri kangar la.kebetulan ari tu ada motorcarshow kat kgr.

saje try guna application blogger yg baru.best gak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails