Sebelum majlis(majlis ke) pertunangan aku, telefon ofis ku diterjah kawan baikku. Dan pastinya akulah yg kena diterjah dek kerana akulah operator angkat telefon(baca:khidmat pelanggan) di situ. Attitudenya terhadap aku sama sekali tak dapat diterima sekalipun perkara yg diperkatakan berkaitan kerja, dan aku seolah2 tidak mengenalinya lagi. Hilang segala sikap rasional seorang kawan yg sangat aku sanjungi dulu. Sungguh, aku sangat menyanjungi dia, baik dalam pelajaran mahupun keperibadian. Telah ku 'tegur'(kalau boleh kukatakan tegur) dia dalam mesej peribadi dia tapi tak pastilah dia faham akan teguranku atau tidak. Butirnya, biarlah aku dan dia saja yg tahu. Dan ketika aku mengkhabarkan berita gembira pertunanganku, langsung tiada ucapan tahniah dari dia. Takpelah kawan...siapalah aku untuk menegur dirimu yg lebih berpangkat dari aku. Tapi kalau kamu membaca blog ini, ketahuilah bahawa aku tak akan 'tegur' kamu sebegitu jika aku tidak di'jolok'.
Kisah selepas pertunanganku pula, seorang kawan telah mengucapkan tahniah dan secara tak sengaja telah mengumumkan pertunanganku di FB ku. Takpalah, aku boleh menerimanya. Namun, bila adikku meletakkan gambar kami sekeluarga dan sekitar majlis tersebut di FBnya, seorang ahli keluarga telah menegur dengan ucapan yg agak menyebabkan aku terasa. FYI, aku dah minta ayahku beritahu emak si sedara tadi tentang majlisku. Tak kisah la tak dapat datang pun tak apa sbb aku tahu si sedara tadi pun ada buat majlis di rumahnya. Dan majlis aku ni pun bukanlah kenduri. Sekadar masak untuk menjamu rombongan pihak lelaki yg datang. Tapi bila disergah sebegitu, aku tentulah terasa. aikkk, takkan lah ayah tak bagitau diorang. Melalui adikku, disahkan mak aku sendiri dah bagitau kat mak si sedara tadi. Heiii, ntah apa2 la perangai manusia ni. Takkan la aku nak kena telefon setiap sorang bagitau aku nak bertunang. Masa korang bertunang pun ada ke call aku bagitau aku in person????Agak2 la sikit nak sergah org tu...
Dan, pasal kerja pulak. Eksekutif di cawanganku telah mendapat kenaikan pangkat dan ditukarkan ke Perlis sbg Ketua Cawangan. Soooo hepi for her coz she deserved it
p/s:comments will be moderated, TQ



3 comments:
tp dugaan ni tak berkaitan sgt dgn nak bina masjid..hehe
anyway,thanks ek Gee.
CT, sowie ahh bz skit lately nih... anyway, congratess... selangkah lagi ke alam baru....
bab 'sergah' tu akak memang tak masuk campor.... jgn riso.... akak neutral....
x sabar nih nak pi utara hujung tawun... tgh kumpui duwet.. huhuuu... kepingin beli set corelle kat langkawi.....
oo..tenkiu2.xpe, tgk blog pun da tau tuannya bizi..hehe
bagus2, beli la 1 set corelle kat ct nnti ek...haha.pyrex pun xpe :P
Post a Comment