Weekend yg lepas, 19-20hb Jun..saya dan Incik H telah berjaya menyelesaikan persiapan pertama dan agak penting gak la. Kalo yang ni tak settle, pegi la tempah pakej kawen RM5k sekalipun, jangan harap la nak dapat kawin...huahua. Apa dia? Jawapannya kursus kawin. Yer, kalo tak gi kursus kawin...jgn harap la nak dapat kebenaran berkahwin..kihkih. Bukan bermaksud persiapan lain tu tak penting. Sama pentingnya jugak tau.
Beriya citer, baru masuk persiapan pertama..haha. Persiapan lain tu bukan tak mula lagi. Memang dah ada pun, cuma ni la satu2nya yg betul2 nampak hasilnya dan confirmed! Cuma sijil la tak dapat lagi.Eh! tadi kata dah nampak hasil...hihihi.
Nak tau kat mana saya kursus. Sebenarnya memang takde dalam plan bulan Jun nak pi kursus pun. Sekali dlm 9hb camtu la, Incik H ajak gi kursus. Hoh..melompat saya. Mana nak kena apply cuti lagi. Nasib baik ofismate saya tak amik minggu 19hb tu untuk bercuti. So plan kami ni memang no problem la.Kat ofis saya tu, nak amik cuti kena ikut turn. Takleh cuti serentak ramai2.
Ok, back to da story, saya kursus kat Setiawangsa. Dekat sangat2 dengan rumah maksu saya. Nama tempat tu Wani Pesona. Mula dari sabtu 2.30 petang sampai la Ahad kul 4.00 petang. Pada saya la, memang terbaik la dia punya kursus. Tempat lain saya taktau ek. Konsep kat situ fasilitator. Dan fasilitator2 yang bagi kursus kat kami semua memang bagus2. Ada Ustaz Nasroddin(yg ni penah jadi jurunikah Dato Siti kawin), Ustaz Che Hashim(yg ni penah jadi penceramah masa kami kursus induksi nak masuk ARB), Ustaz Shafie Khatib, Ustaz Mohd Ajib, Ustaz Daim Jajuli dan Ustaz Azman. keseluruhan sesi ada 6 dan hampir semua sesi ni la kami asyik gelak je. Ada sesi yg saya sampai sakit pipi dek gelak sampai tak mampu nak gelak dah. Air mata toksah cakap la...haha.Sampai dah balik ni pun, kalo teringat lawak2 antarabangsa tu semua mesti senyum + gelak sengsorang. Gelak2 jugak tapi dalam setiap lawak mereka tu, ada diselitkan unsur teladan dan tips melayari bahtera perkahwinan. Cewah..;-)
Dan saya bersetuju sangat2, pada sesiapa yg belum pegi kursus kawin tu..lebih baik pegi dengan pasangan sebab tips yg anda dapat boleh saling mengingatkan dan pasangan dapat input yg sama macam kita dapat. Cuma beza mungkin dari segi pemahaman dan amalan. Tapi still, ianya sesuatu yg baik.
Kenapa saya sampai ke KL semata2 nak kursus kawin? Macam sebab di atas la, saya memang dah tanamkan azam sejak dulu lagi. Andai perlu pegi kursus(dulu2 sy xtau benda ni wajib), saya mesti pegi dengan pasangan. Pastu, kursus ni kalo ambik kat SP pun, saya tetap kena cuti Ahad. So, lebih baik la saya gi kat KL, siap leh ada kenangan dengan Incik H lagi kan. Aktiviti bersama sebagai tunangan...hehe. Abis kursus, siap temankan dia tengok world cup. Ni nak apply tips pertama la..fahami hobi pasangan...kehkehkeh.(asik gelak je saya ni..) Lagi satu, sebab tempat kursus sgt dekat dengan rumah maksu saya. So, senang keja Incik H nak ambil+hantar saya. Tak sangka lak, dulu2 kalo nak gi rumah maksu dari UIA lalu situ, sy selalu nampak pasangan yg dok pi kursus kawin kat situ. Ada jugak la angan2. Sekarang, saya dah betul2 jadi sebahagian dari pasangan2 tersebut... ;-) Ni la yg orang motivasi selalu dok kata kuasa minda, apa yg kita fikir..yg tu la yg akan terjadi. Macam doa la.
- Isi borang -
Oh ya, dalam masa kursus ni jugak, Incik H bagi saya kain lace yg dipesan dari kawan ofis dia yg pegi Bandung...huhu. Of coz dia belanja..hehe,jimat duit ai. Warna krim. Cantik gak dan harga pun berpatutan. Nampaknya warna inspirasi yg saya cadangkan sebelum ni akan diubah since saya ada perubahan dalam aturcara majlis. Dan warna krim ni akan jadi tema saya sebab saya bercadang nak buat upacara akad nikah dan kenduri kahwin hari yg sama. Dan saya takmau tukar2 baju untuk jimatkan masa dan belanja. Beberapa kenduri kahwin yg saya pegi dimana nikah pagi dan kenduri hari yg sama. Pengantin dah buang masa untuk tukar baju dan mekap semula. Sudahnya, tetamu dan kawan2 yg datang tak dapat nak jumpa pengantin. Jadi, saya taknak perkara macam ni berlaku masa majlis saya. Tapi, ni cuma perancangan saya saja. Apapun, kuasa Allah mengatasi segala dan perancangan Dia adalah sesuatu yg pasti. Saya cuma mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan kami ni.
- Harap maaf, kualiti gmbr adalah sengaja didowngradekan-
Ok la, lama tak menceceh. Sekali menceceh amik kau. Kalah karangan budak SPM..hahaha. Sekadar nak kongsikan kegembiraan. Saya tak bercadang nak tukar blog ni jadi B2B blog yer.



2 comments:
wah dah bermula misi hehe. kami nak g bandung bulan seblas. nak kirim apa plak. hehe. date bila nak langsung ni???
hehe..kirim2 xde kut.kalo nak sponsor byk la nak pesan..haha
bolan doblas insyaAllah..takat ni km pegang 4hb.tp xde kptsn rasmi lg.save dat date ek..
Post a Comment