Kebetulan dalam 2 hari ni, saya berasa tidak sedap badan, rasa macam nak selsema dan pagi ni kepala agak sakit..huhuhu. Ya Allah, Kau jauhkanlah penyakit ini dari hambamu ini dan seluruh ahli keluargaku serta semua rakan2ku dan rakyat malaysia amnya(walaupun ada yg dah menjadi korban penyakit ni)
Pagi kelmarin, abg Poslaju yang sering menghantar kiriman pun pakai topeng muka. Boleh pulak dia menegur.. "Pejabat ni tak pakai lagi noo..pejabat lain semua dah pakai" Ni yang menambah kerisauan saya. Ish...kena cari cepat topeng ni. ofis boy pejabat si Fizi ditugaskan mencari tapi semua farmasi kata dah abis...alamak !! Semua orang dok cari sampai abis. Dah jadi barang terhangat di pasaran lak...huhuhu
Pagi ni dapat ler satu, tu pun ihsan dari Nor, rakan sekerja saya. Tapi nak pakai susah gak sbb dia punya yg kena sangkut kat telinga bukan ikat belakang. kena lak cari tali tambahan supaya dapat ngikat benda tu kat belakang. Sekarang ni gi mana2 je nampak org pakai mask, even yang dok dalam kereta pun. Ish..menakutkan sungguh. Ni la kali kedua seumur hidup saya gi mana2 nampak orang pakai topeng. 1st time masa blaja kat UIA. masa tu jerebu tgh teruk melanda negara sebab kebakaran hutan kat kalimantan nuu..masa tu topeng pun dapat free...hehe.
Mengulas tentang isu H1N1 ni, banyak yang menggesa kerajaan suruh tutup sekolah. Tapi saya pun agak kurang bersetuju. Kenapa ek..saya bukan ada anak yang bersekolah pun kan... Yelaa, cuba bayangkan kita tutup sekolah seminggu, lepas bukak seminggu, ada jangkitan penyakit tu berkurang. Tidak juga kan.. takkan nak kena tutup balik sekolah. Baik diorang cadangkan darurat terus. Tapi belum la sampai ke tahap tu sekali negara kita ni kan. Cuma apa yang kita bleh buat, amik langkah berjaga-jaga, orang putih cakap precaution and prevention. Orang yang sakit tu, jangan la keluar rumah. Dan ahli keluarga orang yang sakit tu pun, cuba2 la bataskan pergaulan. Ni tidak, nak jugak berjalan ke sana- sini. Macam semalam, saya attend satu customer ni, bapa dia baru meninggal 7 Ogos 2009. Bila saya tengok sebab kematian, pneumonia....hah!!! Apsal la kamu datang ke pejabat saya ni. Cecuba la kuarantin kan diri dan keluarga kamu 2-3 minggu. Pneumonia tu kan ke ada kaitan jugak dengan H1N1 walaupun kat sijil kematian tu tak tertulis H1N1....huuuuuu. Nauzubillah...



No comments:
Post a Comment