Hari ni hari kedua saya memakai mask. Pening kepala dibuatnya dan saya tak dapat nak fokus kepada kerja dek kerana terlampau lemas dan sesak nak bernafas..huhuhu. Sampaikan beberapa panggilan telefon pun saya jadi terlupa nak jawab. Hanya selepas deringan kedua baru baru tersedar " Eh, kenapa aku tak angkat call tu..." Bleh plak kan. Apa nak buat, terpaksa menyesuaikan diri dgn keadaan ni la nampaknya. Kata en. Hasrul, untuk keselamatan diri jugak...yelaaah.
Mask company bagi pun dah sampai tp dapat sorang sekeping jelah. Lepas2 ni kena la beli sendiri. Katanya simbolik usaha pencegahan penularan penyakit oleh company. Hmmm, apa-apa ajelah..
Tapi dalam pada ghairah dok mencegah dijangkiti penyakit ni, saya dijemput oleh seorang kawan untuk melawat blognya iaitu kak Nany. Sila klik SINI . Insaf saya dengan kandungan post tersebut yang mana mask tu bukan segala-galanya. Hanya Allah yg berkuasa, dan kalau dia kata nak bagi kita penyakit tu, pakai la mask 2-3 keping pun tetap tak dapat nak hindar dari jangkitan. Betapa saya tak sedar diri ni sedikit sebanyak telah menghampiri syirik walaupun kecil....Astaghfirullahal'azim. Apapun, semoga kita semua terhindar dari sebarang perkara2 buruk yang sedang melanda.


No comments:
Post a Comment