Monday, August 10, 2009

No Title...



Masih lagi saya ingat masa kat matrik UIA dulu, dalam kelas English kalau tak silap saya level 3 dimana setiap kali kami mulakan kelas, sorang student kena buat satu speech dan persembahkan dalam kelas. Semua akan kena, takde yang terlepas. Puas saya fikirkan apa nak cakap. Perkara yang bestnya, lecturer tersebut tidak membataskan tajuk yang boleh diutarakan. Terpulang kepada kami nak cakap tentang apa.

Akhirnya saya memilih tajuk mengenai kasih sayang sesama keluarga. Lebih2 lagi ketika tu saya masih di semester pertama dan masih lagi terasa sebab berjauhan dengan famili. Kerinduan tu memang terasa sangat terutamanya pada Tok saya sbb saya tinggal dengan beliau sejak Tingkatan 1. Apa yang saya ingat, salah satu inti speech saya ketika itu, ialah ketika bersama dengan Tok..saya selalu jugak gaduh2 dengan Tok tp bukan la dengan meninggikan suara. Tapi lebih kepada "Cold war". saya seorang yang pendiam dan tak suka pertanyaan yang banyak. Jadi, adakalanya setiap pertanyaan dari Tok tidak bersahut ataupun sekadar berbunyi saja. Tapi bila berjauhan seperti itu, saya jadi rindu pada bebelan, leteran dan pertanyaan Tok. Saya tahu diam saya tu kadang-kadang menyakitkan hati Tok. Itulah saya, terbawa2 sampai sekarang. Tapi saya tetap sedar saya salah...cuma saya memang seorang yang tidak tahu menunjukkan perasaan saya sebenar2.

Dan saya masih ingat, conclusion oleh lecturer saya " In our life, we tend to take for granted people we love esp papa mama etc when they are around. but when they're gone, then only we feel sorry(menyesal)".

Benar sangat saya rasa ungkapan tersebut, bagi saya yg sememangnya berjauhan dgn keluarga ni memang saya terasa sangat. dan dalam kehidupan saya ni jugak(mgkin bagi org lain jgk), saya rasa kita selalunya mengutamakan orang lain lebih daripada orang yang benar2 perlukan dan sayangkan kita. Bukan kita tak sayang mereka, cuma mungkin kita terlupa kerana mereka sentiasa ada di sisi kita. Tak kira sebesar mana salah kita, mereka tetap ada untuk memaafkan kita.

Kenapa saya menulis begini....saya cuma nak keluarga saya tahu walaupun mgkin saya tak pernah menyebutnya..Saya saaaaayang sangat anda semua. Dan juga pada ...... (Allah knows better).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails