Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan & Entri Kahwin

Alhamdulillah, Dipanjangkan usia dan bertemu lagi Ramadhan ini. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada semua muslimin-dan muslimat(semacam je ucapan ni..hehe)

Lama dibiar blog ni bersawang. Konon2 dok melayan perasaan sedih ari tu tak sudah2 la tu. Takdelah, saya ada banyak benda nak cerita tapi bila buka aje blog ni, hilang semua idea. Terus jadi malas. Yang saya tau dok blogwalking. Dari satu blog ke satu blog. Layan je baca kisah diorang. Penulisan pun menarik. Asik gelak je. Camne ek korang banyak idea sampai cenggitu ek. Tell me..tell me now...huhuhu.

Tak sampai 6 bulan je lagi ke tarikh akan disatukan dengan Incik H...insyaAllah. Harap2 semuanya berjalan lancar. Cukuplah ujian transfer dipostpone tu. Tak sanggup dah saya hadapi ujian lain. Penat woo kami berdua gi pusing satu Shah Alam. Semua gara-gara nak membiasakan saya dengan Shah Alam dan ukur jalan(hehehe..) umah mana lagi dekat nak gi ofis. Balik je dari Shah Alam, dapat emel transfer kena postponed. Sape tak frust weiii!!!

Silap jugak masa kat rumah maksu saya tak buka emel ofis. Tapi mana la saya nak jangka since transfer order dah keluar dan bos saya pun tak cakap pape. Emel postpone lak dihantar hari Jumaat. Tu lagi satu hampeh.com. Dah tau saya dok cawangan Kedah dan cuti hari jumaat. Apa ke hei nya antar emel ari Jumaat. Sia2 minyak keta Incik H. Eh, haku lak yg marah..huhuhu. Nasib baik sempat tengok The Sorcerer's Apprentice si dia belanja. Takde la ralat sangat keluar dengan dia semata2 nak gi Shah Alam.

Ok, beralih pada persiapan majlis. Tarikh dah ditetapkan pada 27hb November. To cik Diyana, i know u're looking forward for this majlis but on that date ada majlis kawan baik juga kat Penang. Saya faham tapi tarikh ni juga tak dapat diubah lagi. Nak buat camno kan. Nanti hampa nak kawin hampa akan tau betapa ralatnya nak buat keputusan pilih tarikh ni since nak kena puaskan hati semua pihak. Dulu masa kawan baik saya nak kawin pun saya penah bgtau date mana yg saya harap dia buat. Sekarang ni, kena batang hidung sendiri..rasakan cik Ct ooii. Apapun, saya redha je. Tapi kalau boleh dah tentulah saya nak semua sahabat2 saya ada bersama2 berkumpul meraikan hari bersejarah saya....wuwuwuwuuu.(plzzz, do come xkira la lmbt pun).

List of things yang dah settle:
1) Katering - dah tempah siap dgn khemah;
2) Baju kahwin - Saya amik pakej siap dgn mekap, pelamin ringkas(wud rather call it backdrop) dan bilik. Settled;
3) Borang nikah - dah amik tp kena tunggu Incik H punya dari Selangor;
4) Ujian HIV - baru je pi buat tadi. Sangat senang. Tak sampai sejam dan free of charge. Tak sakit sgt pun(ceh, ayat berlagak)

Lepas ni nak kena start survey barang untuk bagi kat tetamu, bunga telur, hantaran. Banyak lagi sebenarnya nak buat. Yang sedihnya semua kena cari sendiri. Adoi, penat weiii. Barang nak buat hantaran pun tak terbeli lagi. Nak buat camno. Saya bukan tau sangat sale2 ni. Yang ada kat Sg Petani tu Parkson, The Store, Billion, Tesco, Giant. nak beli barang makanan murah boleh la..huahua. Billion tak penah sampai lagi. Peruntukan dah semakin berkurangan nih. Bonus lak masih samar-samar. Roadtax nak kena renew bulan depan. Kan bagus kalo dapat durian runtuh macam pekerja2 bank tu...uwaaa.

*Scheduled entry

1 comment:

ct hani said...

memang ada. 6 bulan sblm tarikh nikah.ok la tu kan. lgpun permohonan nikah kt perlis kena wat 3bln sblm nikah.so ada lg 4 bulan.baik buat awal2 sbb kemarin ct cuti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails