FYI, ujian HIV boleh dibuat di mana2 klinik kerajaan mana-mana negeri. Tapi kalo Pejabat Agama Negeri ada bagi spesifik taktau la pulak saya. Macam Perlis, fleksibel. Nak buat ujian kat klinik kerajaan mana pun takpe.(ni kawan saya bagitau la sbb masa dia nak nikah di Perlis, ujian HIV dia buat kat Keramat, KL dan hantar kpd pejabat agama Perlis. Lepas je)
Tapi, korang jangan la main terjah je. Ada hari tertentu yang dah ditetapkan oleh klinik2 ni untuk gi buat ujian. Macam saya, buat kat Klinik Kg Gial, Mata Ayer. Diorang khaskan hari Rabu pukul 2-4.30 petang untuk buat ujian ni. Tak perlu ambil nombor giliran pun. Cuma pegi bagitau kat kaunter je nak buat ujian HIV. Tapi saya ada kisah tak best masa nak gi buat ujian tu. Malas la nak kecoh. Nasib baik bulan puasa so saya maafkan je la diorang tu. Perlu diingat juga, ada sesetengah klinik memerlukan anda membuat temujanji untuk ujian ni. jadi sentiasa rujuk website Kementerian Kesihatan dan dapatkan no telefon klinik berdekatan tempat anda. Sebelum nak pegi, telefon dulu dan bertanya apa yang perlu.
Lagi satu, ujian HIV ni sahlaku untuk 6 bulan sahaja. Jadi, kalau nak kawin bulan Disember 2010. Jangan la dok buat ujian bulan Januari - Jun 2010 lak. Kang kena buat lain tak pasal2 lak. Buang masa ok. Bayaran lak, masa saya kene tu free je. Kat klinik atau hospital lain tu taktau lak saya. Lepas tu nurse tu cuma bagi salinan borang ujian saringan HIV yang saya dah isi masa awal2 masuk jumpa dia. Mula2 macam tak konfiden je. Bila tanya kawan memang dia kata sekeping tu je. Hope takde masalah la kan. Keputusan adalah negatif. Jadi, lulus sudah satu ujian akak nak kawin...hikhikhik.(
Oh ya, saya juga dah rujuk pada yang arif. Prosedur perubatan ini tidaklah membatalkan puasa seseorang. Tapi saya alu2kan sebarang pendapat berkenaan hal ini.


No comments:
Post a Comment