Monday, July 13, 2009

Updates...

Lama tul, dekat sebulan tak update blog ek.. ada ke org baca..huhu. nape ntah, malas sungguh rasa nak update. banyak je kisah dan kejadiaan berlaku dlm sebulan ni..
1. gi kenduri husna kat penang, tarikh kejadian: 31 May '09. lama dah. si husna pun dah dapat balik dok penang.(b4 dis dia tinggal kat johor)

2. gi TT Vivac kat The Carnival Sg Petani. tak join mandi pun, berjemur je..balik mmg terbakar muka...huuu. story leh tgk kat blog iela..hehe(jgn mare cik iela..). Tarikh kejadian: 13 Jun 2009

3. gi interview JPA kat Pej SUK Perlis. soalan mmg ngeri sbb satu apa pun xstudy bab yg ditanya. study bab networking, diorg tanya bab perkembangan IT.aduss, mana chek catch up. otak pun dah berkarat..abis laaa..tawakaltu'alallah saja la...Tarikh kejadian: 26 Jun 2009

4. apa lagi ek..cannot recall la. yg ingat aku hampir eksiden baru2 ni disebabkan oleh apek jual ikan yg amik lesen terbang agaknya(ni telahan semata2). ada ke bawak keta kat dari arah depan tp kat side kiri. pastu bila aku dah dekat dgn dia, suka-suki je nak masuk ke lane kanan...hampeh tul.terlanggar gak bontot keta dia ckit..huh, dgn perasaan tak puas ati, reverse n kejar apek tu mintak ganti rugi...dapat rm65. sempat gak aku menceramahkan apek tua tu.. dah tau xde duit, bawak la keta leklok. jgn bagi naya org kalo xmau bayar....keta org calar la...huuu. ingat lagi no kete dia..BAB2828. Tarikh kejadian: 3 Julai '09.

5. kejadian ni berlaku pada ayahku, keta sewa yg dinaiki ke kelantan kena curi kat hotel. diorang gi daftar adik masuk politeknik kat kelantan isnin, 6hb Julai. pagi esoknya, masa dah check out n nak bertolak balik..tgk2 keta dah takde. kesiannya Mak Ayah n adik Huda. terpaksa tunggu satu hari sbb tiket bas blk ke perlis cuma ada malam tu je. nasib baik ada kan.. apa la nak jadi, dah satu hal nak kena bayar gantirugi kat kedai sewa keta...fobia lak nak bwk Vivaku gi jalan jauh2 ni..

ari ni..keje macam besa. tak sabarnya nak cuti 15-16hb nak gi terengganu, konvo adik. Terengganu, here i come...insyaAllah.tak sabar nak hilangkan segala ketensionan bekerja yg dah lama bersarang ni. dah sebulan gak ler diri ni tak ambik cuti.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails