Tuesday, July 21, 2009

Trip ke Terengganu - Part 1

15hb Julai 2009

Seperti yg telah saya bagitau dalam entri yg lepas, 15-16hb saya dan keluarga berada di Terengganu untuk hadir ke konvokesyen adik di Universiti Malaysia Terengganu. Teruja jugak ler nak pergi terutamanya sbb pi dgn family dan perjalanan plak jauh. Lama gak rasa kami tak berjalan jauh sama2 dalam sebuah kenderaan. Last sekali, balik raya umah opah tahun lepas. Tu pun kami naik 2bijik keta. Almaklumlah, keluarga saya agak besar jugak. Dengan 7 beradik. Campur mama dgn ayah dah 9 org. mana muat naik sebijik keta kan…kan.. Teringat kenangan msa dok Sabah kecik2 dulu…ayah selalu bawak kami sekeluarga travel ikut dia gi keja…best wooo… tapi kali ni kureng sikit sbb kakak n Faris xde sama. Kakak dah masuk Poly KB n Faris lak skolah, tahun ni dia amik SPM. Yang pi, Mama, Ayah, adik Huda, Awin n Dikrah n saya of course..

Berbalik pada citer perjalanan ke Terengganu tadi, famili saya bertolak dari Langkawi pagi2 tu, ikut kata diorang dari umah kul 7.30 pastu amik bot kul 8.30 ke Kuala Kedah. Sampai dekat kul 10 dah. Biasala, kalo naik feri ikut Kuala kedah memang lama. Tambahan pulak, feri belum tentu jalan tepat ikut masa. Sesape yang penah pi Langkawi, pasti setuju dgn saya. Okay, pastu ayah saya sewa lak van kat sana n bertolak utk amik saya kat Sungai Petani. Mesti ada yg tertanya2 nape diorang tak bertolak sehari sebelum dan mulakan perjalanan dari SP j ek. 1st, sbb sehari sebelumnya ayah n adik 2nd keja. 2nd thing, umah sewa saya dihuni oleh anak2 dara. Kecik plak tu. Tak dapat la nak pelawa diorang tido. Tp kalo xde housemate yg lain, biasa je saya ajak adik2 temankan saya tido.

Sambung balik, banyak plak OOT(Out of topic)… yg saya kat umah mmg tak senang duduk dah. Apsal tak sampai2 lagi. Kang kul brapa lak nak sampai Ganu. Yela, jauh tuuu…ada je bunyi keta berenti depan umah, mesti nak jenguk. Last skali, saya amik bantal, siap tido2 depan tv…hahaha. Akhirnya, diorang sampai gak kat umah saya. Tu pun dah kul 1.rupanya diorang dah singgah makan kat Gurun….uwaaaa,nape x tunggu cheq makan sama2. tp takpela, saya pun dah makan nasi kat umah. Tp makan pagi ler.

Then, kami pun bertolak..amik jalan kut Baling terus ke Gerik. Alhamdulillah, sampai kat rnr Perah, ayah berenti….hehehe. nasib baik lagi. Anakanda dah lapaq masa tu. Jam pun dah kul 3. berenti rehat, gi toilet, solat n makan. Tp kitorang makan laksa je. Tp siyes, laksa kat kedai tu mmg best. Laksa Penang made by org kelate…hehehe. Sesape singgah kat Hentian Perah tu, sila gi kedai makan hujung sekali dekat surau. Even adik Huda yang darjah satu tu pun puji jus epal dia sedap. Tp saya pesan barli je sbb tekak tgh tak best masa tu.

Selesai makan, kitorang pun teruskan perjalanan. Nampak signboard Kuala Terengganu…mak aih, lebih 200km lagi(lupa lak exact KM…huhuhu) jauh lagi tuuu. Nasib baik ayahanda yg bawak…hahaha. Nak harap anak dara 2 org ni, nama je ada lesen tp yg sorang baru P. yg sorang manual mmg out(saya ler tu). Bermula la perjalanan merentasi banjaran Titiwangsa. Jalan ni yang tak tahannya, banyak sangat lori balak. Kalo jumpa lori balak masa tgh naik bukit…memang seksa..nyet2..nyet nak naik. Nasib baik la jgk sesetengah tempat ada lorong memotong. Yela, jalan dah la bengkang-bengkok tak ingat, kalo xde lorong tu…mmg hangin gak la 1 badan nak ikut lori balak tu. Dah la muatan kayu balak, buatnya jadi apa2..naya jer org yg mengikut..kan.hiiii…..nauzubillahiminzalik.. tapi kalo saya yg bawak..memang ikut je la lori tu, tapi jaraknya…mau sebatu kut..hahaha.penakut…

Erm…dalam kul 4 lebih camtu, kitorang sampai kat Hentian Titiwangsa. Hentian paling tinggi sepanjang perjalanan tu. Best memang best, sejuk…macam kat Cameron laks…tp berenti kejap jer..separuh perjalanan selepas tu, kami kat belakang tido je. Kunun penat la tu…hehehe. Dalam kul 6 gak ler..baru sampai kat simpang nak masuk KB. Sape dok kelate n sewaktu dgnnya mungkin tau la kut simpang mana. Lupa lak nama tempat tu. Dalam kul 7 kami sampai kat Besut(eh…betul ke). Masa ni Ayah leh lupa simpang nak ke KT. 2 kali salah masuk simpang, keluar balik…kesian lak. Penat sangat la tu. Nak tolong pun tak daya..

Actually, masa tu mmg rush sangat sbb book hotel tapi org hotel tu kata nak simpan sampai kul 9 je. Ada ke patut..org dah booking n confirm, leh lak wat cmtu. Dalam kul 8..kitorang kat Batu Rakit, masa ni la org hotel dah tergedik2 tepon Dikrah tanya kul brapa nak sampai. Dalam hati ni dah kecut lak, kang takde tempat tido lak. Takkan nak tido dalam van kan…



Alhamdulillah, b4 kul 9 kitorang berjaya gak sampai. Nasib baik masa masuk bandar KT tu ayah mmg menuju jalan yang benar..hehe. Cuma terlepas simpang ckit je. Malam tu, pas mandi2 kejap, kitorang gi jumpa Dikmat kat UMT untuk amik sticker n makan2. Rupanya konvo diorang sama hari dgn Univ. Darul Iman(apsal ek 2 IPT yg dekat2 kampusnya takleh berkompromi wat tarikh lain2..) jalan memang sesak jadinya. Belum tgk pagi konvo. Kat pesta konvo UMT, diorang jemput Nash buat konsert. Best gak..sempat la dengar Nash nyanyi sambil makan2. abis makan jer, kami pun balik hotel utk menidurkan diri yg tersangat letih ni.

Cthani: Sepatutnya post ni kuar kemarin guna auto publish tp tak menjadik nampaknya...huhu



1 comment:

ct hani said...

awal sampai.. laju tul gee pecut..hehe. mmg kena banyak sabar gee nak blk kg ek. seb baik nk balik kg ct lalu highway...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails