Monday, June 1, 2009

Ayam dan Itik...

Sebenarnya nak post pasal benda lain..tp datang lak customer. Menariknya dia berbangsa Siam dan agak kurang mahir berbahasa Melayu. Maka terjadi la adegan seperti ayam bersembang dengan itik..hehehe. Lawak pun ada..kesian pun ada. Tersenyum je makcik India yang tengah tunggu giliran kat belakang dia.

Beliau kematian suami dan memerlukan khidmat companyku untuk menyelesaikan pembahagian harta suaminya. Tak la banyak mana pun, tapi bila melibatkan undang-undang ni..kena la gak terangkan prosedur yang betul. Susah gak ek bila kurang kemahiran berkomunikasi bahasa lain ni...nampaknya pasni kena la saya cari kelas bahasa mandarin supaya lebih senang bila ada pelanggan yang datang tu, tak reti sangat cakap BM. Nampaknya kelas bahasa tamil pun kena masuk dalam pertimbangan sbb customer sini ramai bangsa India...hehe. tapi bila la nak cari..lama dah terpendam hasrat tu..

Berbalik kepada customer tadi, walaupun nampak dia terkial2 nak ckp gak BM tapi ada gak la beberapa perkataan mudah BM yang dia tak faham. Mula2 nak terangkan cara isi borang pun, dia macam blurr je. Akhirnya, saya amik pen dan dokumen2 dia..saya tolong la isikan..(mudah keje sndiri drpd dok terang tak tahu hujung pangkal..karang dapat balik borang salah isi pulak) Masa dia nak balik, sempat lagi dia hulurkan tangan untuk salam..bagus jugak customer ni. FYI, agak susah nak jumpa bukan melayu yang hulur tangan dan salam dgn kita. Mungkin sbb tu bukan budaya diorang. At least, sepanjang kerjaya saya ni tak sampai 5 orang rasanya. Post ni bukan utk kutuk sesapa tau. Sekadar sebuah kisah daripada rutin harian saya setiap hari bermula 8.30am-5.10pm, Ahad-Khamis.

Cthani: Kenapa post saya kali sangat la sopan..hehe. Sbb ada org kata saya kasar..terasanyaa walaupun dia tak pernah pun baca blog saya ni.. Tapi ada jugak sbb2 lain ni..



2 comments:

umi said...

kasar ke?! aik muskil sejenak ahaks

cthani said...

kasar sbb time tu tgh marah...hahaha..amik la, sape suh wat org marah kan..kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails