Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU

WANITA ITU ADALAH SUDAH CUKUP RAHSIA....

WAHAI IBU....ketahuilah.......

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Ketahuilah jua kesakitan saat melahirkan diriku....

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Bahkan...perjuanganmu melahirkanku tidak dipersiakan...
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

Alangkah Maha PermurahNya Allah swt kepadamu wahai ibu...

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Inilah kekuatanmu wahai ibu...
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat PENYAYANG yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa 3 orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Sungguh tinggi darjatmu wahai ibu...

Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
Moga dikau wahai ibu...menjadi bidadari tetamu-tetamu Jannah

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu
Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
~Himpunan hadis

Cthani: Selamat Hari Ibu buat insan yg telah melahirkanku, membesarkan dan mendidikku, Pn Fatimah Bakar dan insan yg telah membesarkan dan mendidikku, Pn Mahasa Harun(Tok). Jasa kalian tak mungkin terbalas selama-lamanya..

2 comments:

Anonymous said...

ALONGNON
TAK PA
SAJA TEGOK BLOG CT

cthani said...

takpa...
takdak tulih apa pun..saja suka2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails