Isk..isk..isk..dah bersawang rupanya laman saya ni...huhu. Sibuk memanjang dan tak rasa nak mengarang. kalau mengarang pun, ada ke benda menarik yg nak diceritakan?? B-)
Nak kata busy dengan persiapan nak kenduri pun tak jugak. Takde benda pun saya buat. Ntah, rasa macam bukan orang nak kawin lak. Rilek2san lagi ni(tensi sbnrnya). Apasal ek saya jadi begini...hah? Setakat balik, gi tempah baju kahwin. Borang kat pejabat agama tak amik lagi. Katering pun tak tempah lagi. Sedih la kadang2, persiapan ni semua kena buat sendiri. Takde sape nak tolong dan temankan. Tunang dok jauh. Kawan2 semua dah kahwin dan ada life sendiri. Sedara mara dah la sikit je. Mak ayah pun dok jauh.....wuwuwuwu..sape nak tolong!
Minggu ni baru nak pi KL, nak ajak tunang gi tengok pameran Kerja Kahwin kat AEON Setiawangsa. Ni untuk persiapan sebelah sana la sebab pakej yg kat sini saya cuma ambil untuk sebelah saya je. Memang sengaja saya buat macam tu. Harap lebih banyak pilihan dan dapat la warna idaman hati saya ni.
Dalam pada sibuk dengan kerja ni, permohonan saya untuk transfer ke area KL/selangor diluluskan. Alhamdulillah, syukur sangat. Kenapa awal sangat? Sebabnya saya rasa duduk kat sini, saya tak mampu buat persiapan dengan baik. Bayangkan, sorang dok KL, sorang dok SP. Nak beli barang, dah tentu la saya kena menurunkan diri ke KL. Ni semua melibatkan cuti dan kos. Tambahan pulak, kampung pun saya kena balik untuk berkemas. Dah kena bahagi cuti, camno lak kan. Kang sampai time nak kenduri, cuti dah abis...kuangkuangkuang. Jadi inilah keputusan saya dan alhamdulillah dipermudahkan.
Tapi ada 1 ujian lagi saya kena tempuh, pengganti yg nak datang SP tu resign pulak disebabkan taknak datang sini...adoi. Ni tengah takut kalau2 management hold transfer saya ni. Mintak2 sangat dijauhkan. Kawan2 tolong la doakan saya ek. Dah la nak transfer tu lambat lagi, 16hb Ogos. Macam2 boleh jadi selagi tak sampai tarikh tu...uwaaaaaaaaaaaaaa.
Ok, abes citer. Korang boleh bayangkan celarunya jiwa saya saat ni.


No comments:
Post a Comment