Monday, April 26, 2010

Bride 2 be, am I?

Nak post something, tapi takde idea nak menulis. Dah taip 2 perenggan, tiba2 terasa cam ayat skema..terus ja padam balik..huahua. Mungkin sedang dilanda kekurangan momentum nak berblog(pehhh, mcm la tiap2 ari post..haha) Asal nak tulis pasal car wash. Tajuk saje je nak tarik perhatian....hihihi. Siyes taktau nak letak apa. Tak kreatif la bab mencipta tajuk.

Memang dua tiga hari ni dilanda mood blogwalking aje. Mostly blog yang saya lawat adalah B2B blog. Haaaa...taktau apa itu B2B, hehe..saya pun baru tau. Maksudnya Bride 2 be..hehe. Dapat teka sesuatu di situ? Betullah apa yang anda teka tu. Tapi saya takmau bercerita tentang itu sebab tu semua adalah perancangan sahaja dan perancangan Allah adalah sesuatu yang lebih pasti. So jangan tanya apa2 ek...huhuhu.

Best sangat melawat blog2 yang bercerita tentang persiapan bakal2 pengantin ni. Dapat rasa feel yang sangat bahagia, berdebar, semua ada. Selain tu, banyak jugak tips dan pengalaman yang blogger b2b ni kongsikan yang pada saya memang sangat berguna untuk semua bakal2 pengantin kat luar ni yang tak ada idea apa yang nak dibuat dalam perancangan perkahwinan. Saya baru tau, nak buat majlis sebegini pun perlu ada checklist dan milestone(sape amik IT projext management mesti penah dengar kan) bagi setiap perkara yang nak dibuat. Banyak sungguh keja nak dibuat...huhu. Takut lak saya baca blog diorang tapi bagus jugak sebab dapat la pengetahuan apa yang perlu dibuat.

Antara blog b2b yang menarik saya lawati ialah:
banyak lagi la..tak terlist semuanya. Ni antara blogger yang saya suka sangat tengok. Nak2 yang second sebab semua dia buat sendiri dengan bajet yang tak terlalu tinggi tapi still nampak class dan cantik. Oh ya, diorang ni ada yang dah pregnant. Dah dapat baby pun ada...hehe.

Tiba2 terfikir, patutkah saya buat 1 blog seperti ini untuk majlis saya nanti..haha...verangan tak abis2. makan buah berangan lagi sodappp. Oh..mama, saya mau kawenn(gatai..hiks)

Cthani: Amik kau, panjang gak membebel dalam takde idea tu...apo la.



Klik pic utk source



post signature

2 comments:

Unknown said...

mcm da bau2 nasik minyakkk jaa..hahah

ct hani said...

oih2...lambat lagi.kena tggu lepas bab 1 dulu...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails