Monday, March 15, 2010

Bila Keta Vivaku Meragam

Ingat nak wat post pasal kursus di KL dan aktiviti kat sana(best ooo..) Tapi malas nak citer yg tu. Citer pasal kekasih kesayanganku ni dulu lah..

Alkisahnya...sayangku ni kena tinggal 6 hari terus je buat hal. Pagi2 tadi try nak start gi keja, enjinnya takmau hidup langsung. Bunyi pun nyawa2 ikan je. Sedih betul masa tu tapi nasib baik tak blurr. terus call member ofis, Noor minta dia datang amik kat rumah.

Mujur gak rumah sewa sekarang ni dekat dgn ofis dan senang nak bagi direction. Dah takmau hidup, saya malas nak fikir lagi. Terus amik beg, kunci pintu jalan kuar rumah tunggu Noor kat tepi jalan. Balik karang ar fikir. Keja mesti melambak2 kat ofis.

Sampai kat ofis, memang betul pun. Fail bertimbun untuk wat filing. Mana yang nak kena call customer suruh amik cek. Tapi dalam hati memang tak tenteram. Dok fikir nape la keta jadi cenggitu. Nak kata bateri, ok je radio. Dok ingat minyak je kurang sebab masa nak start tu memang berkelip2 dah. Emel Incik H mengadu...huhu(nak jugak tu)

Balik pulak, nasib baik housemate keja kat situ gak.(oh..pagi tadi dia kuar awal, sebelum saya start keta sbb tu takleh tumpang) Naik la keta dengan dia. Gigih ni amik botol pencuci lantai dengan air 100plus kat rumah bawak gi isi minyak. Balik rumah, isi pun still tak nak hidup. Masa ni baru perasan lampu bateri kat dashboard tu menyala. SAH...memang bateri la puncanya.

Terus call Zana, jugak member ofis mintak dia dengan suaminya datang kut2 leh bantu apa yg patut. Tapi kena tunggu la sebab suami dia balik lambat sikit. Dalam kul 6.30, saya dah tak sabar...yela keta kita taktau masalahnya.Tentu tak senang duduk kan. Terus teringat iwan, member kelab Vivac. Mesej dia tanya ada sesape leh tolong. Nasib baik dia tau sorang member Vivac gak Fiq dok taman yang sama. Kebetulan masa balik keja tu saya perasan ada sebuah rumah ada keta viva dengan sticker kelab. Saya agak tu la keta Fiq. Tapi Iwan lak takde no Fiq dalam henfon yg saya call. Ada dalam henfon satu lagi. So kena la call Thebest aka Abg Nazree, member vivac Alor Setar. Nasib baik dia ada.

Saya terus call Fiq minta dia datang. Alhamdulillah, dia datang. Dan dalam keta dia memang siap ada jumper untuk cas bateri keta. So kena la tolak keta keluar dari car porch lak. Syukur, sekali buat je keta viva ku dah leh start. Sambil2 dok cas tu, sempat la borak dengan Fiq. Kalo tak jadi camni..ntah nak borak ke idak dgn Fiq ni..huhu. Almaklumla, saya ni kan pemalu...kuang3x

Pas settle cas, Fiq suruh saya pusing jap kat taman. Takut takleh start balik. So Fiq pun balik, saya lak gi amik angin keliling taman ni..hahaha. Lawak lak rasanya. Gini la kalo perempuan tuan keta(tak semua ek)Tau bawak jer. Moral of the story, jangan tinggal keta lama2. Kalo nak jugak, abg Nazree petua kena cabut baterinya(betul ke ni..) Rasanya pasni saya nak kena tukar bateri. lagipun dah masuk 3tahun pakai. Maunya tak buat hal kan. Sebelum ni penah je tinggal lama2 tp tak penah jadi pun.

Terima kasih pada Fiq, Iwan dengan abg Nazree. Untung saya masuk Vivac ni..hehe. Oh, tak lupa kat Noor, Zana n suami dan esp Ida my housemate yg jugak dah berjasa...hehe(dah macam bagi ucapan daa, macam la diorang baca ni)





post signature

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails