Alkisahnya, lepas cuti raya korban selama 3 hari, kemarin(Isnin) saya gi ofis dari kampung. Pas abis keja la baru balik rumah sewa kan. Camne la rupa rumah agaknya dah kena tinggal dek tuannya selama 4 malam. Memang saya dah tahu malam2 tikus suka masuk buat pesta kat rumah tu. Sebab dekat atas siling dapur ada tingkap kecik. Nak kata banyak makanan, memang tak la.Kadang2 jumpa tulang ayam, padahal tuan rumah tak penah bawak balik ayam makan kat rumah.
Back to da story....masuk2 je rumah, dah nampak tinggalan2 tikus kat dapur..najisnya la..huh. Nampak gaya kena wat sesi pembersihan dapur mala tu gak la. Awak dah ler penat balik keja...huishhh.. Takpe2, solat, mandi2 dulu..ilangkan panas badan+hati.
Masa tu tak tengok lagi kat sinki. Pas amik wuduk, terjeling ke arah sinki, nampak menda panjang..macam cacing pun ada. Isyhhh..takkan cacing leh naik sampai atas sinki..so gi la dekat terjenguk2. Dah dekat baru nampak bangkai tikus kat dalam bekas sabun. Mak aihh...ape ke heinya mai dok mampuih kat sini. Aik, lambat plak mati tikus ni...fyi, malam sebelum balik kampung memang saya ada letak racun tikus. Licin la dikerjakan dek tikus malam tu. Tapi pagi esoknya, takde jumpa bangkai tikus. Ingatkan bangkai yang saya jumpa tu mati kesan racun yang saya letak tu. Ni yang geram nih...memang takleh ditangguhkan lagi sesi pembersihan. Kena buat terus la nampak gayanya. Nasib baik tak berbau lagi.
Lepas solat magrib je, terus bersih2 kan dapur tu. Bekas sabun tu saya buang terus..huuuu, ada tak lalu makan kang. Baru nampak darah menyembur2 kat sinki tu. Dahsyat gak ler kesannya tgk pada darah kering penuh dalam sinki.
Pas bersihkan sinki, baru terperasan rupanya racun yg diletak bawah sinki dah tinggal sikit. Dan nampak kesan2 racun kat luar kotaknya. Patut la sampai menyembur2 darahnya..depa dok kenduri racun tu selama saya takde kat rumah...hahahah. Padan muka. Tu la, orang tamak selalu rugi..tikus tamak terus mati...puas hati...amik ko.
Racun tikus jenama King Kong yg digunakan. Cari kat econsave konpem ada. kat Giant dgn Tesco tak penah jumpa so far. Dinasihatkan jangan terkena kulit, makanan dsb.
Plastik yang dah hampir kosong dan tinggal serbuk dek dikerjakan si tikus tamak. Bentuk asal macam kopok warna pink. So kalo anda ada anak2 kecil, pandai2 la nak jauhkan.
Cthani: Kadang2 kita cukup jaga kebersihan rumah kita dan kawasan persekitaran, tapi kalau masyarakat sekeliling kita tak bersifat sama...kita jugak yang kena tempiasnya. Hmm..typical malaysian housing area. Tak semua macam ni tapi kan bagus kalau semua orang boleh jadikan kebersihan tu satu amalan. Kebersihan tu kan ke sebahagian daripada iman.


No comments:
Post a Comment