Sunday, November 22, 2009

Bermula episod

Tajuk macam apa je..haha. Nak citer pasal cuti sekolah je. Bila cuti sekolah aje, mesti ada kenduri kawen...huhu. Maka bermula la episod menghadiri walimatul urus kengkawan2 masa belajar dulu. Sama aje macam tahun lepas. Sejak 3 tahun ni, asal bulan 12 je mesti sibuk gi kenduri hampir tiap minggu. Dah orang jemput kan, wajib pergi hukumnya tau kalau takde apa2 aral melintang.

Kali ni, cuti sekolah dimulakan dengan menghadiri kenduri kawan SMKAP merangkap teman sekerja masa kat CC Expert dulu, Puan Shazziela(Ziela). Dekat aje rumahnya, kat Tok kayaman(eh,betui ka nama tmpat ni cenggini). 15 minit aje dari rumah saya. Mula2 plan ajak Cik Fatimah, kawan baik saya sementelah dia jugak kawan semaktab Ziela ni untuk kursus J-Qaf. Tapi cik kak ni gi KL awal plak sbb 24hb dia konvo J-Qaf.

So, plan B..ajak ler Cik Ameera, my bestfren. Alhamdulillah, free je dia ptg td. Cuma lambat sikit sebab dia kena bertugas kat sekolah pulak hari ni.

Hujan lebat sungguh hari ni. Dalam hati ada gak rasa kesian kat ziela ni sebab kena hujan lebat pulak time dia kenduri. Nak buat camne kan, bukan kita nak jadi camni.

Dalam pukul 2ptg, meera sampai rumah, solat segala. Kami pun bertolak. Sampai rumah ziela ni, hujan renyai2. Okla,nasib baik meera bawak payung.

Warna tema kenduri ziela ni purple. Cantik sangat decoration pelamin dan bilik pengantin. Comel mekap ziela, orang dah comel..hehe. Tapi saya dengan meera lupa nak bawak kamera. Saya tertinggal kat Sg Petani, dia pulak ada kat rumah sebab baru guna ambik gambar jiran dia semalam...sadis tul. Sudahnya, masing2 amik gambar guna kamera hp yang tak berapa nak best tu...huhu. Oh ya, masa ni dah pukul 2 lebih tapi pengantin lelakinya tak sampai2 lagi. Mungkin sebab hujan kut, so perjalanan pun sedikit lambat. Takpe, biar lambat asalkan selamat.

Pasangan ziela ni ustaz, sesuai la dengan ziela yang jugak seorang ustazah. Ustaz Sobri nama dia. Tapi yang konpiusnya masa deejay umumkan diorang ni dah bercinta selama 8 tahun. Ish..pelik bin hairan,segala perjalanan hidup ziela dari UIA sampai lepas abis belajar saya tahu. Rasanya deejay tu tersilap nak sebut 8 bulan kut. Sebab setahu saya ziela kenal ustaz ni pun masa kursus J-Qaf kat maktab. Kalau kira2, logik lagi 8 bulan...huhu. Sah silap ni. Moral: sila pastikan maklumat yang deejay anda nak sebut betul time kenduri ek..hehe. Tambah2 kalau anda tinggal di kampung. Kang ada lak yang mengata.

Lepas saya dan meera dah abis makan, baru la pengantin lelaki sampai. Masa ni dah pukul 3ptg. Dan hujan semakin lebat masa tu...takpe, hujan rahmat. Moga berkekalan ke akhir hayat pernikahan mereka ni.

Lepas tengok pengantin lelaki, kami pun beransur balik. Walaupun hujan, redah jugak la sebab saya kena balik Sg. Petani pulak. Risau memandu kat highway time2 hujan. Takut kena simbah dengan lori dan bas. Syukur masa balik tadi, hujan pun tak lebat sangat.

Counting days for next kenduri, my bestfren weddings: Cik Meera dan Kak Long. Dua2 buat hari yang sama 12 Disember. Adoi, tengah pening camno den nak bahagikan masa ni. Nasib baik dua2nya agak dekat. Kalo tak, rela je saya ikut rombongan vivac gi Teluk Batik aje...huahuahua..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails