Tuesday, November 23, 2010

Baraka Allahu Lakuma

Bos kat pejabat tujukan lagu ni buat kami berdua...huhu. Syahdunya lirik dia..suka sangat. Harap ikatan ini akan mendekatkan kami kepada Allah. Debar makin terasa, harap semuanya berjalan dengan lancar....aminnn...


We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Lirik ambik kat SINI

Monday, November 8, 2010

Sesi lipat melipat

Hari Selasa minggu lepas Incik H poskan kad ni dari KL. Berat giler kotaknya. Sampai 15kg. Tapi dia pos skali ngan kotak doorgift. Malam tu jugak dengan gigihnya melipat sampai kui 1 pagi. Asing2kan yg mana nak pos yg mana nak by hand dan yg mana nak hantar balik kampung.

Alhamdulillah, utk kawan2 yg bagi alamat tu semua saya dah pos. So cik Diyana, Pn Umi..mungkin mggu ni dapat ler kut kadku itu. Biasa aja sesuai dengan bajet ciput kami kan..huhuhu.

Kad yg nak antar balik kampung saya bagi kat kawan tinggal di Alor Setar nak bagi adik saya pi ambik kat ARB AS. Tapi yg sedihnya, kad tu sampai sekarang tersadai kat AS sebab rumah kawan dinaiki air. Dia nak pi keja pun tak boleh. Seb baik kad saya dia simpan dalam keta dan keta tinggal kat umah sedara dia. Selamat la kad2 saya. Terpaksa wat plan B, bagi kat kawan yang nak balik keje kat Perlis. Baru kul 8.30 tadi dia mai amik. Lega dah rasa.

Kenangan tul persiapan kawin saya ni. Adik2 saya pasni saya nak nasihat toksah la buat hujung tahun. Jadi hal2 macam ni,kelam kabut gak dibuatnya.Hati dah la memang tak tenang, bertambah la tak tenangnya..huhuhu..dugaannnnn. Tapi boleh jadi kenangan nak citer kat anak cucu nanti ni..hehe





Alhamdulillah, so far progress utk majlis saya ni nampak cam lancar je. Sabtu lepas baru gi beli cincin nikah dengan Incik H. Dalam hati sekarang ada taman...hihihi.

Moga Allah permudahkan urusan kami, direstui dan diberkati sentiasa perhubungan ini.

Friday, November 5, 2010

Gambar keadaan banjir

Gambar2 ni saya dapat dari facebook Mohd Husni(kalo xsilap). Friend of friend..so kredit pada dia yang upload banyak gak gmbar keadaan banjir kat perlis. Ada lagi tapi yang ni je la saya upload.



Yang penah pi Kangar, pasti tau tempat ni kat mana.


 Ni kat tepi sungai, Pengkalan Assam berhampiran Kangar


 Ni la sekolah kesayangan saya SMKAP...bangunan 2 tingkat tu menempatkan kelas saya masa Form 4. Bangunan rendah tu kantin sekolah.


 Ni tepi sekolah


 Ni mangsa banjir yang diangkut naik lori ke tempat penempatan mangsa banjir


Keadaan banjir, lori saja yang boleh lalu...lokasi tak pasti lak.


2 pejabat ARB kat utara terpaksa ditutup. Cawangan Kangar, air memang dah masuk ofis. Cawangan Alor Setar, staf takleh pi keja sebab semua jalan menuju ke ofis ditutup. Ofis selamat lagi diorang kata. Staf2 yang tinggal kat Alor Setar terpaksa keluar dari daerah mencari sanak saudara yang tak kena banjir sebab bekalan air dengan elektrik memang takdak. kesian sangat. Staf ofis saya ada sorang tinggal kat Alor Setar, dah 2 hari mai mandi kat ofis sebab takdak air kat rumah dia..huhuhu.
Ada jugak staf Alor Setar yang check in kat hotel sebelah ofis saya ni..isk..isk..isk..



Wednesday, November 3, 2010

Banjir oh banjir

"Banjir ooo banjir rumah kita naik air..."

Penah dengar lagu ni tak...huuuu. Sedih ni, nak habaq mai umah tok saya dah dinaiki air. Hujan lebat tak berhenti selama 2 hari. Kesiannya kat tok dan tok ayah. Rumah tok memang selalu kalau ada hujan lebat ja akan ada air masuk. Sebabnya rumah tu rendah saja. Takde la teruk sampai ke paras bumbung macam sesetengah tempat tu tapi nak membersihkan tu penat jugak la.

Yang lagi sedih, rumah tu baru saja dicat selama 2minggu berturut2 sebab nak kenduri nanti. Penat saja ayah saya dok balik dari langkawi 2 minggu mengecat rumah. Sedih ooo. Tak dapat bayangkan macam mana keadaan rumah tok sekarang sebab saya pun dok jauh. Tadi tepon maklong, dia bagitau air dah surut tapi bekalan elektrik dah 2hari takde. Mungkin TNB putuskan sebab sesetengah tempat keadaanya masih teruk. Air empangan pun terpaksa dilepaskan untuk elakkan empangan pecah sebab paras air dah capai paras bahaya. jadi sebab tu air makin naik walaupun hujan dah berhenti(ni ikut kata kawan2 kat fesbuk la). kalau sesapa ada ramai kawan org perlis dalam fesbuk, leh tengok status depa semua pasal banjir. Yang pejabat kena tutup, yang pi keja kena meranduk(jalan dalam air) air dsb.

Kalau nak tengok keadaan banjir kat perlis, boleh gi tengok kat fesbuk taip kata kunci "PERLIS PERMAI LAGI MEMPERSONA" ek. Hilang kejap permai  negeriku..huhuhu. Doa lah semoga keadaan makin pulih dan perancangan kenduri saya nanti tak terjejas...huhuhu.

Wednesday, October 13, 2010

Asid Folik

Petang tadi pas keja, saya bawak ex-schoolmate merangkap kawan baik saya gi jalan kat Bandar SP. Diorang ni guru J-Qaf kat Perlis dan sedang menghadiri kursus kat SP Inn. Sorang single dan sorang dah kawen.

Tengah belek2 barang kat CS, kawan yang dah kawin ni berbisik kat saya.

Kawan: Ct, nak anak cepat tak lepas kawen? Kalo nak cepat, orang cakap kena start makan asid folik dari sekarang.

Saya(dalam hati): Haaa..apakah..belum terfikir sampai ke situ lagi kut.


Sekian...


Info Asid Folik:
FUNGSI

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Sumber: SINI

Sunday, October 10, 2010

MUA Dilemma

Dalam eksaited pasal baju dah siap, hati masih lagi tak keruan. Sebab masalah make up artist atau juruandam kat Sg Buloh kang takde lagi. Camne ek, nak pegi sana cuti dah kurang +  en. tunang lak sibuk dengan English course. Jadi patah kaki dan takde semangat nak gi cari.

Saya ada try search melalui internet dan majalah tapi semuanya macam mahal je. Ada satu tu saya gatal2 gi emel tanya quotation dia. Make up saja RM700, mak aii..tak amik baju lagi. Saya salah orang ke..huahuahua. Camne ek,camne!! Sedara maraku takde lak yang terer2 jadi mak andam ni(ke saya yang taktau). Kalo tak setel masalah den. Dah minta maksu saya kat Wangsa maju tanyakan tapi dia kata lagi seminggu nak pi tu baru pi booking. Mana saya ada masa + plus kalau tetiba dia kata tak boleh, mana saya nak cari orang lak. 16 Okt ni plan nak turun KL tapi bos lak gi kursus. Sape lak nak sain borang cuti.

p/s: Kak Ikin ada kenal sesape tak kat sana? huhuuhu..banyak beno keluhan kat sini ct wei..

UPDATE: semalam saya ada emel lagi 2 org MUA. pagi ni diorang reply.
1st: http://cactustajam.blogspot.com/
harga mekap nikah/sanding RM300 + caj transport RM30

2nd: http://www.zilaziman.com/
harga mekap RM350.

mekap zila ni cantik saangat, saya suka tp mekap izza cactus ni pun cantik jugak...hehe. tolong la sy buat pilihan..hehehe. cheq pening dah. dua2 pun masih available utk mekap tarikh tu.

Baju dah siap!

Yeay...eksaited ni nak habaq baju kawen cheq dah siap...hihihi. Surprise dari kak Mella. Sebenarnya nak citer pasal jamuan raya ofis tapi takpe..kita KIV dulu yang tu. Ari jumaat lepas, saya balik kampung gi jumpa akak bridal ni sebab nak discuss balik pasal baju belah lelaki. Tetiba dia leh konpius saya nak design camne. Sila rujuk SINI untuk design yang saya idamkan tu.

Sampai2 sana, pembantu dia ajak la duduk2 dulu. Mata saya pun melilau tengok baju2 pengantin yang ada. Dah bertambah banyak pun koleksinya. Memang rambang mata tengok. Geram pun ada, semua cantik2. Tup2, terpandang satu baju kat patung display depan kedai. Dalam ati saya memang fikir macam ku kenal corak lace ni. Terus bangun gi tengok dekat. Sohih La' Khata' memang baju saya. Dalam hati memang berbunga2 riang..hikhik. Akak tu pun keluar dan terus datang kat saya. " Haa..dah nampak baju adik, saja kak Mella buat surprise tak bagitau ct baju dah siap. Dah ct nak datang, biar ct terkejut ckit". Cenggini la lebih kurang ayatnya. Sukanya dalam hati(eh, ada pengulangan di sini) sebab terus nampak cantik pulak saya tengok. Siyes masa mula2 tengok kain tu, saya tak berapa berkenan tapi dah jadi baju, i'm fall for it lah!

Terus akak kata boleh try tapi sebelum tu kitorang bincang2 ckit pasal tujuan asal saya gi sana. Tapi masa bincang tu memang saya dah tak boleh fokus dah. mata dok tertancap kat baju dok teringin nak try. Almaklumlah, tak penah pakai baju pengantin seumur hidup kan..hahahaha.

Akak tu pun macam faham lak, dia pun mintak pembantu dia bukakan baju tu dari patung dan bagi saya try...hihihi. Feeling2 pengantin gitue..memang ok sangat dia buat, selesa. Seperti yang saya bayangkan. Cumanya bila dah try jadi termeleret pulak dah baju tu. Jubah kan..alamak,camno ni.Saya bukan suka leret2 ni. Takpelah, pastu try kasut lak. 4 inci kau...hihi. Okla, leh kurangkan kesan meleret baju tu. Cuma masa hari kejadian, saya kena kurangkan berjalan la.

Balik dari bridal, saya SMS kawan..Pn Ameera. Dia dah pesan pulak kalau boleh tudung jangan la masukkan ke dalam. Kurang manis..gitu la katanya. Adoi, dah satu lagi masalah lak ai nak memikir. Sebab apa? Sebab baju tu dibuat leher tinggi atau dengan kata lainnya memang untuk pakai tudung kat dalam. Tapi ketinggian dia tu takde la melampau2. Just nice kat leher atas sikit dari bahu. So how ar? Ada pendapat lain. Saya? macam nak ikut pendapat kawan saya tapi saya segan nak cakap kat akak tu. Sebab saya rasa mcam dah mintak macam2 kat dia. Nak apload gambar baju memang takde coz nak buat surprise...hehehe(padahal segan nak amik gambar depan akak tu)



Leher bajunya ketinggian macam ni tapi leher V je...
P/s: pic kredit En. Google, ni bukan baju saya ek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails